Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Ciri Anti-Radang Kurkumin Penyembuh Artritis

artritisArtritis Dan Anti-Radang Kurkumin

Artritis adalah sejenis penyakit berkaitan sendi-sendi dan tulang  yang kebiasaannya menyerang seseorang berumur 4o tahun ke atas. Malangnya ia telah mula menyerang remaja seawal usia lima belas tahun!

Jenis-Jenis Artritis

Terdapat beberapa jenis artritis, tiga yang paling biasa dihidapi adalah:

Osteoartritis (OA)

Osteoartritis juga dikenali sebagai artritis degeneratif. Dalam kata mudah, keadaan pesakit semakin hari semakin merosot. Osteoartritis adalah penyakit artritis yang paling lazim menyerang di mana ianya akan berlaku bilamana rawan yang melindungi hujung sendi tulang semakin rosak, ditambah pula dengan gabungan faktor penyumbang lain seperti faktor genetik, metabolik, bio-kimia dan bio-mekanikal tubuh pesakit. Osteoartritis biasanya ditangani dengan pengambilan ubat analgesik (ubat tahan sakit) seperti acetaminofen dan opioids, NSAIDs, glukokortikoids serta hyaluronans.

Artritis Reumatoid

Artritis Reumatoid berlaku apabila sesuatu yang tidak normal bertindakbalas dalam system ketahanan badan dan mula menyerang sendi-sendi dalam tubuh serta tisu-tisu ‘penghubung’  (Connective tissues – tisu biologikal yang fungsinya adalah menstruktor dan menyokong tisu lain yang menjadi penghubung dengan tisu-tisu lain) mengakibatkan radang pada sendi-sendi yang diserang, serta organ-organ dalaman. Proses tindakbalas ini mampu menjejaskan beberapa organ dalam tubuh yang menggugat fungsi mereka secara meluas dan menyebabkan masalah reumatoid.

Penyelidikan menunjukkan bahawa 75% dari pengidap adalah wanita. Tabiat merokok dan tekanan hidup juga menjadi penyumbang kepada masalah ini. Pengambilan hormon serta ubatan seperti acetaminophen dan opioids, NSAIDs, glucocorticoids serta ubat anti-reumatik merupakan antara rawatan yang diberikan kepada pengidap artritis rheumatoid; malangnya ubatan ini membawa kesan sampingan yang agak berat.

Gout

Gout terjadi apabila terdapat mendapan urate dalam darah yang mengakibatkan radang sendi. Gout dirawat dengan pengambilan ubatan anti-radang yang bukan-steroid, colchicines atau glucocorticoids, yang mana kebiasaannya berkesudahan dengan kesan sampingan yang agak memudaratkan.

Ciri Anti-Radang Kurkumin Penyembuh Artritis?

Setelah menjalankan banyak penyelidikan bagi rawatan yang disebabkan oleh radang dan kesusutan sendi-sendi akibat proses interleukins (pembentukan protin), penyelidik sependapat alternatif terbaik adalah makanan tambahan herba yang mampu bertindak sebagai ejen mengurangkan kesakitan dan bengkak. Makanan tambahan herba tidak mempunyai kesan sampingan memudaratkan seperti ubatan moden.

Kurkumin dalam kunyit yang dikenalpasti memiliki ciri-ciri anti-radang yang tinggi merupakan herba paling hampir sebagai penawar yang mampu melindung  dan mengurangkan beban kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

Jadi, mampukah Kunyit melawan beban kesakitan disebabkan oleh artritis? Jawapannya, sudah tentu!

 

, , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply