Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Ejen Anti-Obesiti Kurkumin

Ejen Anti-Obesiti KurkuminEjen Anti-Obesiti Kurkumin Melawan Kegemukan

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  bilangan masyarakat dunia yang obes telah meningkat kepada satu tahap yang sangat membimbangkan – iaitu lebih 300 juta orang di mana 42 juta adalah kanak-kanak! Masyarakat kita perlu sedar bahawa obesiti merupakan permulaan kepada banyak penyakit-penyakit merbahaya masakini. Perubahan perlu dibuat dengan segera untuk mempertingkatkan tahap kesihatan yang makin merosot dan seterusnya menurunkan kadar kematian disebabkan penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, penyakit jantung, hipertensi (darah tinggi), diabetes dan kolesterol tinggi akibat dari cara pemakanan yang tidak sihat selama puluhan tahun.

Produk Semulajadi Tumbuhan dan Ejen Anti-Obesiti

Sejak kebelakangan ini, produk Makanan Tambahan Kesihatan  berasaskan tumbuhan atau herba menjadi trend yang semakin popular. Ini mungkin disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan pengidap penyakit-penyakit merbahaya serta tahap kesedaran yang semakin meningkat. Seiringan, para saintis dan penyelidik telah mempergiatkan penyelidikan saintifik produk semulajadi berasakan tumbuhan bagi mencari bahan ‘ekstra’ yang berpotensi mencegah dan melawan pelbagai penyakit dan berpotensi  menghalang obesiti.

Kurkumin sebagai Ejen Anti-Obesiti

Ribuan penyelidikan saintifik telah dibuat ke atas kunyit (turmeric), satu bahan perubatan tradisional bagi penduduk Asia sejak ratusan tahun dahulu. Satu penyelidikan yang dibuat oleh González-Castejón dan Rodriguez-Casado (Dietary Phytochemicals and Their Potential Effects on Obesity: A Review) menunjukkan bahawa kurkumin di dalam kunyit mempunyai nilai perubatan dan merawat yang sangat tinggi. Kurkumin dikatakan berupaya membantu mencegah kanser, memperbaiki dan merawat penyakit berkaitan jantung, artritis, darah tinggi, diabetes, Alzheimer dan banyak lagi. Penyelidikan mereka juga menunjukkan kemampuan kurkumin bertindak sebagai Ejen Anti-Obesiti – Anti-Obesiti Kurkumin.

Kurkumin dikatakan berupaya mengawal ekspresi gen (genes), ‘memanipulasi’ proses tenaga metabolik dan pemendapan lemak bagi menurunkan kandungan lemak dalam badan (adipose tissues). Sementara itu, kurkumin juga menyekat angiogenesis yang sangat penting untuk tumbesaran tisu, yang mana gabungan bersama dengan proses tenaga metabolik berkesan terhadap proses metabolik lipid bagi membantu mengurangkan lemak dan berat badan.

Kurkumin juga membantu memperbaiki masalah penyakit berkaitan kegemukan  seperti hiperglisemia,  rintangan insulin hiperlipidemia dan hiperkolesterolemia. 

Ejen Anti-Obesiti Kurkumin Berpotensi Tinggi

Berasaskan kemampuannya mengawal-imbang, memperbaiki serta mencegah aktiviti-aktiviti berkaitan obesiti atau kegemukan yang menjurus kepada penyakit-penyakit  merbahaya yang antaranya adalah serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan juga kanser, Kurkumin berpotensi tinggi sebagai Ejen Anti-Obesiti di mana ia mampu membantu proses penurunan berat badan. Potensi besar Anti-Obesiti Kurkumin menunjukkan betapa hasil semulajadi  bumi bermanfaat besar melindung dan merawat pelbagai isu kesihatan yang dihadapi oleh manusia masakini.

, , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply