Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

anti-keradanagApakah Anti-Keradangan?

Keradangan

Keradangan atau inflamasi ialah satu reaksi perlindungan oleh sistem pertahanan badan kita. Jangkitan, perengsaan, kecederaan atau penggunaan secara berlebihan sesuatu anggota badan akan mencetuskan perubahan kimia dan fizikal yang direka khas untuk mengasingkan bahagian badan yang terbabit dengan ejen yang memberikan jangkitan. Ini ialah mekanisme pertahanan automatik badan kita.

Keradangan dapat dikesan melalui ciri-ciri seperti kesakitan, bengkak, kepanasan, kemerah-merahan dan juga hilang daya berfungsi pada bahagian yang terjejas. Perubahan fizikal seperti bengkak adalah reaksi anti-keradangan; dan ia menghantar isyarat kesakitan kepada otak untuk memaklumkan bahawa ada kepincangan dalam sistem tubuh.  Jika anda mengalami samada satu ataupun kesemua tanda-tanda di atas, ini menunjukkan dalam tubuh anda sedang berlaku aktiviti keradangan.

Keradangan yang berlaku dalam tubuh adalah lebih sukar untuk dikesan mahupun dirawat. Anda akan merasai kesakitan tetapi tidak mengetahui puncanya. Jika anda mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat, organ-organ dalaman anda berkemungkinan sedang mengalami  keradangan di mana mereka berada dalam keadaan lemah dan terdedah kepada tekanan. Organ-organ yang ini akan memberi isyarat bahawa sistem tubuh sedang diserang dan berada dalam kesakitan lalu memulakan tindakbalas anti-keradangan. Ini adalah sebab mengapa golongan yang tidak sihat selalu mengalami penyakit-penyakit berkaitan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, tyroid dan bermacam-macam lagi.

Keradangan Tidak Menentu

Reaksi anti-keradangan semulajadi kadang-kala melebihi keperluan tubuh di mana keradangan berlaku walaupun tiada serangan. Keradangan tidak menentu ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit seperti artritis, diabetis dan juga kanser.

Apabila anda merasa kepenatan ataupun di dalam kesakitan dan anda mungkin merasa terlalu sukar untuk melakukan sebarang aktiviti – tindakbalas ini mungkin merupakan petanda bahawa tubuh anda sedang melalui proses penyembuhan dari reaksi anti-keradangan.

Anti-Keradangan

Adakah terdapat satu cara untuk mengurangkan kesakitan dan dalam masa yang sama, meningkatkan semula tahap tenaga anda? Pengambilan produk Anti-keradangan tambahan mampu memperbaiki keadaan ini kerana ia membantu memperkuatkan organ-organ dalaman serta melawan radikal bebas dalam tubuh. Proses ini dikenali sebagai proses penyahtoksik (detox).

Anti-keradangan tambahan mampu membantu anda melegakan keradangan secara semulajadi, tanpa sebarang kesan sampingan. Pengambilan harian produk Anti-keradangan tambahan ini secara teratur mampu memperbaiki dan meningkatkan tahap tenaga anda dalam masa hanya beberapa minggu.

Kurkumin Untuk Anti-Keradangan Tambahan

Kurkumin, satu komposisi aktif dalam kunyit merupakan salah satu herba anti-keradangan terbaik. Kurkumin boleh didapati dalam bentuk cecair, pil dan juga kapsul. Tidak seperti ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor mahu pun yang boleh didapati dari farmasi, rawatan atau ubatan berasaskan herba semulajadi tidak membawa kesan sampingan yang memudaratkan untuk jangkamasa panjang.