Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

Apakah Antioksidan?

Antioksidan ialah satu mekanisme pertahanan badan yang memberi perlindungan daripada kemudaratan yang disebabkan oleh tindakbalas toksin yang dikenali sebagai radikal bebas, produk yang terhasil dari proses oksidasi sel. Ia ialah sejenis molekul yang mampu memperlahan ataupun terus menghalang tindakbalas oksidasi yang dipengaruhi oleh perubahan elektron dari ejen pengoksidaan. Semua sel-sel hidup mengandungi system anti-oksidan dan enzim yang kompleks untuk melindungi sel dari pengoksidaan.

Merokok serta sering terdedah kepada racun perosak, radiasi, dan sebarang bentuk pencemaran boleh menyebabkan kewujudan radikal bebas dalam badan. Tekanan perasaan dan produk makanan yang tercemar merkuri juga boleh memberi kesan negatif yang sama. Jika anda tergolong di dalam golong yang berisiko ini, anda dinasihatkan untuk meningkatkan tahap anti-oksidan badan anda. Begitu juga bagi mereka yang kurang mempelbagaikan makanan yang dimakan atau mempunyai tabiat makan yang kurang sihat.

Sumber Antioksidan Terbaik

Sistem pertahanan badan stabil apabila toksin dan antioksidan berkeadaan seimbang. Namun, jika jumlah toksin lebih tinggi, keadaan ini perlu diseimbangkan melalui pengambilan dari sumber luar. Terdapat banyak sumber makanan berantioksidan untuk amalan hidup sihat seperti makanan kesihatan berasaskan tumbuhan seperti kunyit kurkumin yang mampu memberikan badan anda sumber antioksidan yang sangat baik.

Pemilihan Antioksidan Tambahan

Satu penyelidikan yang dijalankan Jabatan Pertanian Amerika (USDA) dan Universiti Tufts telah mendapati bahawa ujian Skor ORAC mampu mengukur kewujudan aktiviti anti-oksidan dalam sesuatu makanan, rempah, herba mahupun produk berasaskan herba. Telah diketahui bahawa makanan yang tinggi nilai  anti-oksidan adalah merupakan makanan paling baik untuk melindungi diri dari menghidapi penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, kanser, angin ahmar, dan juga penyakit-penyakit berbahaya yang lain.

Pengambilan multivitamin dan antioksidan tambahan adalah sangat digalakkan kerana pengambilan multivitamin sahaja tidak mengandungi cukup antioksidan sementara pengambilan antioksidan tambahan sahaja pula lebih fokus bagi  memenuhi keperluan antioksidan anda.

Antioksidan sebagai Pencegah Penyakit

Dengan bekalan antioksidan dalam badan yang mencukupi, ia boleh membantu menghalang penyakit-penyakit berkaitan dengan penuaan, kanser, serangan jantung, Parkinson, Alzheimer dan lain-lain. Kini penyakit-penyakit merbahaya ini menyerang bukan sahaja golongan tua tetapi juga  juga golongan umur peringkat  pertengahan!