Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

BioKetersediaanApakah BioKetersediaan?

BioKetersediaan (Bioavailability) adalah kecekapan perjalanan nutrien daripada makanan atau ubat-ubatan yang dimakan masuk ke dalam badan (peredaran sistemik) dan mula meberikan kesan. Seperti yang diketahui umum, pemberian ubat-ubatan secara intravena mampu memberi kesan dengan segera kerana aliran secara terus ke saluran darah. Manakala pengambilan ubat-ubatan atau makanan kesihatan atau tambahan melalui mulut mengambil masa yang lama sebelum ia dapat memberikan sebarang kesan. Ini adalah kerana ia perlu melalui pelbagai proses penghadaman serta pencernaan. Malangnya, semasa nutrien atau ubat-ubatan ini sampai ke destinasinya, ia mungkin telah kehilangan kebanyakan khasiat serta keberkesanannya atau lebih malang lagi, hilang ke semuanya sekali!

BioKetersediaan Kunyit Kurkumin

Kunyit tidak mudah larut di dalam air. Pengambilan kunyit melalui masakan seperti kari atau pemakanan kunyit segar saban hari masih tidak mencukupi untuk membekalkan khasiat kunyit yang diperlukan seperti membantu di dalam rawatan atau pencegahan kanser dan penyakit-penyakit merbahaya yang lain. Hanya pengambilan kunyit dengan jumlah yang banyak mampu memberi kesan yang dikehedaki. Malangnya pengambilan kuantiti sebegini amat susah untuk dimakan dan boleh menyebabkan penyakit asid refluks.

Teknologi Solubilasi Dan BioKetersediaan

Dengan terciptanya Teknologi Solubilasi, masalah di atas telah berjaya di atasi. Hasilnya, bahan aktif kunyit cuma kurkumin berdiameter 10.3 nanometer sahaja berbanding dengan sel darah merah berdiameter 10,000 nanometer. Ini membolehkan kesemua bahan aktif kurkumin dapat diserap ke dalam salur darah – BioKetersediaan maksimum!

Makanan tambahan kurkumin nano ini dipasarkan di Malaysia dengan jenama HALTIA Serum.