Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

radikal bebasApakah Radikal Bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang sangat tidak stabil dan sentiasa berusaha untuk bergabung dengan molekul lain bagi meningkatkan kestabilan mereka.

Molekul ini diwujudkan melalui beberapa fungsi biasa tubuh badan manusia. Ia juga boleh terbentuk jika badan anda terdedah kepada pelbagai keadaan bertoksik termasuk semburan racun perosak, radiasi, pencemaran dan pelbagai lagi faktor lain. Radikal bebas juga terhasil melalui tekanan perasaan dan pencemaran merkuri yang terdapat di dalam produk makanan yang kita makan.

Radikal Bebas Dan Penyakit

Sebaik sahaja radikal bebas bergabung dengan molekul lain dalam tisu badan kita, mereka mampu menyebabkan kerosakan kepada sel-sel termasuk DNA yang terkandung di dalamnya. Kajian telah menujukan bahawa ia memainkan peranan dalam proses penuaan, penyakit autoimun dan pembentukan sel-sel kanser.

Antioksidan Dan Radikal Bebas

Antioksidan dan nutrien lain mampu membantu melindungi badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.