Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Kami

Kenali Kami

Kanser Prostat

Sewaktu saintis di seluruh dunia mula mengetahui jumlah insiden dan kadar kematian disebabkan oleh kanser prostat di India adalah antara yang terendah di dunia, mereka mula bertanya dan membuat kajian terperinci. Maka bermulalah pembelajaran serta kajian tentang khasiat dan manfaat kesihatan yang dimilki oleh kunyit. Di India, kunyit digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian; sebagai bahan rempah penting dalam masakan mereka, merawat luka dan lecur, bahan penjagaan kulit untuk mendapatkan kulit yang sihat lagi berseri, merawat masalah pencernaan dan pelbagai penyakit berkaitan perut yang lain.

Kanser Prostat

Rempah Emas India

Kadar kematian yang rendah mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kebanyakan warga India mengamalkan diet berasaskan sayuran yang kaya dengan serat dan nutrien. Walau bagaimanapun, para saintis percaya faktor utama kadar insiden dan kematian kanser prostat yang rendah adalah kunyit, rempah-ratus India yang digunakan secara meluas berabad-abad lamanya dan mendapat jolokan “Rempah Emas India”