Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Motivasi

Niat kami didorong oleh beribu-ribu penyelidikan dan kajian klinikal yang telah dan sedang dijalankan ke atas Kunyit, serta bahan aktifnya curcumin. Khasiat kesihatan dan manfaat curcumin tidak boleh dinafikan lagi. Dengan keghairahan makmal-makmal di seluruh dunia, banyak lagi penemuan akan menyusul dan kami percaya yang terbaik masih belum menjelma lagi.

Peranan Kunyit dalam kehidupan seharian kita mungkin lebih daripada sekadar suplemen pemakanan atau suplemen kesihatan sahaja. Ini bermakna Curcumin juga digunakan untuk rawatan dan penyembuhan penyakit, termasuk penyakit berbahaya tanpa sebarang kesan sampingan perubatan moden. Prospek ini telah diperkukuhkan lagi melalui pembangunan Teknologi Solubilasi yang mampu mengubah Curcumin tak larut kepada larut sepenuhnya. Semua ini berjaya dicapai tanpa mengubah bentuk semula jadi kunyit!