Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Kunyit

Latar belakang Kunyit

Pada mulanya, kunyit digunakan di India sejak dua ribu tahun lalu sebagai pewarna fabrik. Kegunaan itu kemudiannya berkembang sebagai bahan pengawet makanan agar tahan lebih lama dan seterusnya  menjadi bahan penambah perisa dalam makanan. Pada masa ini, herba ini lebih dikenali sebagai ingredien utama dalam masakan kari dalam bentuk serbuk mahupun dalam bentuk segar, sama seperti penggunaan halia. Masyarakat India rata-rata menggunakan kunyit dalam kebanyakan masakan mereka. Kunyit yang berkualiti tinggi pula banyak digunakan sebagai bahan dalam penyediaan makanan tambahan kesihatan.

Dari sudut khasiat kesihatan, rempah berwarna jingga ini memiliki banyak agen-agen penyembuhan  anti-oksidan dan anti-keradangan penting  kepada tubuh untuk melawan pelbagai ancaman kepada kesihatan manusia. Segala kekayaan yang didapati dalam kunyit telah memberikan ia reputasi sebagai rempah yang tinggi nilai penyembuhannya. Kini tumbuhan ini menjadi bahan kaji ribuan penyelidikan dan projek perintis klinikal serata dunia.

Lokasi Kunyit di Dunia

Kunyit didapati hidup di banyak kawasan di Asia seperti India, China, Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Ia diperolehi dari rizom (ubi) tumbuhan yang bernama Curcuma Longa yang direbus, dikeringkan  dan akhirnya dikisar menjadi serbuk. Rizom ini yang juga dikenali sebagai akar sebenarnya adalah sistem tunjang yang tumbuh membesar di bawah tanah. Ia merupakan bahagian kunyit yang mengandungi nilai perubatan dan penyembuhan penyakit. Bahagian daun pula walau bagaimanapun banyak digunakan dalam masakan di Asia, bukan sebagai agen perubatan.

Penggunaan Tradisi Kunyit

Di India, kunyit kebiasaannya digunakan untuk merawat luka dan kecederaan akibat kebakaran bagi mencegah jangkitan kuman. Ia menggalakkan penyembuhan dan mempercepatkan kadar pemulihan. Kunyit segar boleh diaplikasiakan terus kepada luka dan bertindak sebagai antiseptik  bagi mengelak jangkitan dan mengurangkan kesan luka atau lebam. Dalam perubatan rawatan tradisional Ayurvedik, ia digunakan untuk memperbaiki atau meningkatkan fungsi paru-paru, melegakan kesakitan akibat artritis dan meregulasikan jadual haid.

Kunyit sebagai pemakanan tambahan adalah sangat bermanfaat serta berkesan untuk merawat kolitis, radang usus serta pelbagai masalah penghadaman. Walau bagaimanapun, fungsi paling penting dan utama kunyit  adalah mencegah banyak penyakit-penyakit serius zaman moden selari dengan  pelbagai kajian yang dibuat  untuk tujuan merawat pesakit-pesakit Alzheimer, Dimentia, kanser, kardiovaskular dan berbagai-bagai lagi masalah kesihatan lain.