Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Kapasiti Antioksidan

Kapasiti AntioksidanMengapa Antioksidan Penting  – Kapasiti Antioksidan

Perincian Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen atau ORAC (Oxygen Radical Absorption Capacity) adalah merupakan satu kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia terhadap Penuaan, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA Human Nutrition on Aging) di Universiti Tufts, Boston  untuk menghuraikan serta menunjukkan kapasiti antioksidan yang terkandung /dijumpai dalam sesuatu makanan berkhasiat, rempah atau herba. Penyelidikan ini  membuktikan  bahawa makanan yang tinggi dengan sumber antioksidan adalah merupakan makanan yang membantu melindungi tubuh dari penyakit-penyakit seperti serangan jantung, kanser, angin akhmar dan kebanyakan penyakit lain mahupun lain-lain masalah kesihatan yang berkaitan.

 Mengapakah Makanan Berantioksidan Tinggi Penting?

Makanan yang mempunyai kadar aktiviti Antioksidan yang tinggi sangat penting kerana ia merupakan bahan berkhasiat yang berupaya berinteraksi dengan radikal bebas samada dengan cara memusnahkan radikal bebas atau mengembalikannya semula kepada sel yang sihat, iaitu memulihkan penyakit. Memakan makanan yang tinggi nilai Antioksidan mahupun pengambilan pemakanan tambahan Antioksidan juga mampu melindungi dan melambatkan proses penuaan.