Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Kurkumin

kurkuminApakah Kurkumin?

Kunyit adalah sejenis rempah berwarna kuning yang di hasilkan daripada rizom tumbuhan yang di kenali dengan nama saintifik Curcuma Longa. Ia telah lama menjadi bahan pilihan dalam masakan dan perubatan tradisional di rantau Asia. Khasiat kesihatan kunyit telah lama diperakui dan telah pun digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit oleh pengamal perubatan tradisional Cina dan India berabad lamanya.

Kurkumin

Kurkumin (curcumin) adalah bahan aktif utama yang memberikan kunyit warna kuningnya yang unik. Bahan aktif rempah ini bertanggungjawab di atas kemampuan memulih yang dimiliki kunyit. Kunyit mempunyai Fenol semulajadi yang dikenali sebagai curcuminoids, di mana kurkumin adalah salah satu daripadanya.

Ciri-ciri Perubatan Kurkumin

Pakar kajiselidik saintifik menggelar kunyit sebagai “Herba Emas India” bukan kerana warnanya yang sangat bertenaga tetapi disebabkan oleh ciri-ciri dan kualiti perubatan yang mampu membantu menyembuh dan merawat penyakit-penyakit merbahaya zaman kini yang semakin mengancam manusia.

Berikut adalah ciri-ciri dan kualiti perubatan yang terdapat di dalam kunyit-kurkumin:

  • Anti-Iskemia:  merupakan satu komposisi yang telah dikenalpasti mampu membantu mencegah dan melawan penyakit berkaitan jantung  serta kegagalan fungsi jantung.  Kurkumin sebenarnya telah dibuktikan mampu memperbaiki  kerosakan  yang telahpun berlaku pada jantung.
  • Anti-Kanser: Ia juga telah dikaji mempunyai ciri-ciri mencegah dan membantu menghentikan beberapa jenis kanser tertentu seperti kanser payudara,prostat, usus, serviks, leukimia dan lain-lain.
  • Anti-Pembekuan: Beberapa penyelidik menyarankan bahawa ciri-ciri serta kualiti yang dimiliki oleh kunyit bermanfaat kepada sistem peredaran darah dan jantung. Rempah ‘bijak’ ini mempunyai keupayaan menghentikan gen-gen tertentu dari menyebabkan pembengkakkan organ jantung yang merupakan punca kegagalan fungsi jantung.
  • Anti-Viral, Anti-Parasit, Anti-Bakteria: Kunyit  telah dibuktikan sangat berkesan  melawan jangkitan kuman dalam tubuh, contohnya serangan awal jangkitan pundi kencing.