Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

Kesan Sampingan KurkuminKesan Sampingan Kurkumin yang Diketahui

Kunyit secara amnya diiktiraf sebagai perisa makanan yang selamat oleh pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). Tiada sebarang kesan sampingan yang serius dengan pengambilan Kurkuumin dalam dos tinggi. Satu kajian peningkatan dos telah dibuat ke atas dua puluh empat lelaki dan wanita yang telah mencatatkan bahawa dos sebanyak 12 gm sehari adalah selamat untuk diambil. Sebaliknya kesan sampingan negatif yang dicatat dalam kajian tersebut tidak ada hubung-kait dengan jumlah dos.

  • Dalam percubaan Fasa 1 di Taiwan, pengambilan kurkumin sehingga 8gm sehari selama tiga bulan mencatatkan kesan positif kepada pesakit-pesakit tahap awal kanser dan yang belum merebak.
  • Satu kajian di UK mendapati bahawa kurkumin sebagai makanan tambahan sekitar 0.45-3.6 gm sehari untuk selama empat bulan menunjukkan penerimaan yang positif oleh pesakit kanser kolorektal, walaupun dua dari peserta kajian ini masing-masing mengalami cirit-birit ringan dan loya.

Kehamilan dan Penyusuan Ibu

Walaupun masih tiada bukti mengatakan penggunaan kunyit sebagai rempah dalam makanan seharian boleh membawa kesan sampingan negatif kepada kandungan atau proses penyusuan, keselamatan penggunaan kurkumin sebagai makanan tambahan bagi wanita mengandung mahu pun penyusuan bayi masih belum dibuktikan.

Pencairan Darah

Kurkuminn berupaya melambatkan proses pembekuan darah. Jika anda mengalami masalah pendarahan ataupun anda mengambil ubat mencairkan darah, anda mungkin akan mengalami pendarahan berlebihan jika pada masa yang sama anda mengambil makanan tambahan kurkumin.  Ia juga meningkatkan risiko pendarahan yang serius semasa atau selepas menjalani pembedahan.

Oleh yang demikian, jika anda dijadualkan untuk menjalani pembedahan, anda dinasihatkan agar berhenti (buat sementara waktu) mengambil makanan tambahan kurkumin  lebihkurang dua minggu sebelum tarikh pembedahan.

Khasiat kurkumin juga boleh menyebabkan ubat-ubatan memberikan kesan yang lebih  dan seterusnya meninggikan risiko pendarahan. Pencair darah mengandungi antaranya Warfarin (Coumadin), Clopidogrel (Plavix), Aspirin dan yang berkaitan.

Masalah Gastro Usus

Anda berkemungkinan mengalami kesan sampingan ringan seperti loya, sakit perut dan cirit-birit yang mana akan reda dalam jangkamasa pendek. Tetapi jika anda mengambil kurkuumin tambahan dalam dos yang tinggi dan untuk jangkamasa yang panjang, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan Gastro usus yang lain.

Batu Dalam Hempedu – Gall Stone

Pengambilan makanan tambahan kurkumin sebanyak 20-40mg telah pernah direkodkan mampu menambahbaik fungsi pengecutan pundi hempedu pada individu yang sihat. Walaubagaimanapun penambahan dos mungkin meningkatkan tanda-tanda atau risko bagi mereka yang telah mempunyai batu dalam pundi hempedu.

Kesan Sampingan Kurkumin – Interaksi dengan Ubat-Ubatan Komersial

Jika anda sedang dirawat dengan mana-mana ubat-ubatan di bawah, anda dinasihatkan agar tidak mengambil makanan tambahan kurkumin tanpa berbincang dengan doktor anda.

Ubat Gastrik

Pembentukan asid gastrik akan bertambah apabila kunyit-kurcumin diambil bersama ubatan gastrik seperti Cimetidine (Tagamet), Famotidine (Pepcid), Ranitidine (Zantac), Esomeprazole (Nexium), Omeprazole dan Lansoprazole (Prevacid).

Ubat Kencing Manis

Kurkumin boleh menyebabkan ubat-ubatan diabetes menjadi lebih kuat seterusnya mengakibatkan pesakit lebih terdedah kepada hypoglycemia, iaitu keadaan di mana paras gula pesakit terlalu rendah.

Piperine dalam Kurkumin

Anda pasti akan menjumpai banyak produk berasaskan kurkumin yang telah ditambah bahan Piperine. Walaupun Piperine befungsi untuk meningkatkan Bioketersediaan kurkumin, ia boleh mengurangkan keberkesanan penyingkiran beberapa jenis ubat seperti Phenytoin, Propranolol dan Theophylline.

 

 

Sumber:

University of Maryland Medical Center: http://www.umm.edu/altmed/articles/turmeric-000277.htm
Linus Pauling Institute, Micronutrient Research for Optimum Health: http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/phytochemicals/curcumin/