Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

khasiat kesihatan kurkuminApabila partikel nano-kurkumin dari Genus Serum memasuki saluran darah anda, ia akan memberi pelbagai manfaat dan khasiat kesihatan kurkumin kepada sistem dalaman kita. Sebagai contoh, terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi, kurkumin akan segera bertindak terhadap radikal bebas dalam badan. Radikal bebas boleh memudaratkan dengan merosakkan membran sel, pengubahan DNA malah boleh menyebabkan kematian sel. Antioksidan telah dibuktikan mampu membantu mengurang atau mencegah banyak kerosakan ini. Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam nano-kurkumin Genus Serum memungkinkan proses pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan dan cepat.

Di samping itu, kurkumin juga telah dikaji berkemampuan merendahkan paras dua enzim pencernaan penyebab kesakitan melalui kandungan anti-keradangan yang kuat; satu lagi kelebihan kunyit berbanding herba malahan sumber-sumber asli alam semulajadi yang lain!

Manfaat Khasiat Kesihatan Kurkumin

Banyak kajian dan analisa telah berjaya membuktikan bahawa kurkumin mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Selain daripada antioksidan dan anti-keradangan yang dibincangkan di atas, kurkumin juga mengandungi ciri-ciri anti-diabetes(kencing manis), ant-kanser, anti-obesiti, anti-amiloid dan banyak lagi. Sila rujuk “kenali kurkumin: ciri perubatan kurkumin” untuk penerangan lebih lanjut.

khasiat kesihatan kurkuminKurkumin yang merupakan satu bahan aktif yang diekstrak dari kunyit telah diiktiraf sejak ratusan tahun boleh membantu merawat dan menghindari pelbagai penyakit:

  • Membantu merawat kanser, terutamanya yang menjejaskan payudara, prostat, pankreas, usus, hati, leukaemia, paru-paru, dan kanser ginekologi seperti rahim, ovari dan serviks.
  • Merendahkan kandungan kolesterol dan gula dalam darah, sekaligus membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan kardiovaskular dan kencing manis.
  • Membantu dalam rawatan penyakit berkaitan keradangan seperti asma, kolitis, artritis, dan sebagainya.
  • Sebagai ejen anti-keradangan yang kuat, kurkumin ialah alternatif paling sesuai, selamat serta bebas dari kesan sampingan untuk ubat-ubatan anti-keradangan komersial seperti Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAID) dan ubat penahan sakit.
  • Kurkumin juga mempunyai ciri-ciri anti-fungi dan anti-bakteria.
  • Bermanfaat dan membantu merawat gangguan gastro usus.

Potensi Khasiat Kesihatan Kurkumin

Kurkumin telah menjadi subjek penting untuk banyak jurnal kesihatan dan perubatan. Sejak kebelakangan ini, khasiat kesihatan kurkumin telah mendapat liputan meluas media elektronik dan media cetak. Malah pada saat ini juga, para penyelidik  sedang mengkaji banyak lagi rawatan lain yang melibatkan khasiat kesihatan kurkumin terhadap AIDS, Alzheimer, Dimentia, dan pelbagai jenis kanser yang lain.

Sila kunjungi PubMed.Gov, sebuah laman web kelolaan “US National Library of MedicineNational Institutes of Health” . Bila anda di sana, lakukan carian “curcuman” atau “turmeric” untuk paparan pelbagai artikel berkaitan herba atau rempah yang sungguh menakjubkan ini.