Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Kunyit Berpotensi Untuk Rawatan Kanser Payudara

Rawatan kanser payudaraKunyit dan Rawatan Kanser Payudara

Perangkaan yang diperolehi dari Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) menunjukkan Kanser Payudara merupakan ancaman terhebat kepada kaum wanita di Malaysia (MAKNA, 2012).  Satu penyelidikan yang dilakukan oleh Ries (et al. 2007) telah mendapati kanser payudara selalunya dikesan pada wanita yang telah menjangkau umur 61 tahun. Mengikut kajian, proses ketumbuhan kanser (tumorigenesis) kebiasaannya bermula seawal usia 20an, tetapi malangnya ia hanya dapat dikesan selepas usia 50an! Kurkumin adalah satu bahan aktif yang terdapat pada rempah kunyit berpotensi tinggi bagi mencegah dan membantu rawatan kanser payudara.

Satu penyelidikan oleh Anand, (et al., 2008) mendapati ubatan berasaskan tumbuhan semulajadi amat kos efektif dan selamat berbanding dengan ubatan farmasi yang berunsurkan bahan kimia. Salah satu daripada tumbuhan ini adalah kunyit (curcuma longa) di mana sebatian kurkumin didapati telah digunakan dalam amalan penyembuhan tradisional. Banyak manfaat kesihatan kunyit juga telah diiktiraf melalui perubatan Ayurveda dan traditional China sejak ratusan tahun dahulu.

Ciri anti-kanser yang dimiliki kurkumin telah terbukti mampu mengawal ketumbuhan abnormal yang termasuk karsinoma payudara di (Duvoix et al., 2005). Pelbagai kaedah juga telah diutarakan tentang bagaimana kurkumin bertindak melawan sel-sel kanser (Anand dll., 2008).

Ujian Klinikal Rawatan Kanser Payudara

Pengambilan kurkumin sebagai makanan tambahan membuktikan aktiviti ketumbuhan kanser yang tidak normal dapat dikurangkan dengan kadar yangamat  memberangsangkan. Dr. Aggarwal (Aggarwal dll., 2007) menerangkan satu cubaan klinikal yang dibuat  menggunakan kurkumin sebagai losyen sapuan pada payudara 7 orang pesakit memberikan keputusan yang sangat baik terhadap keupayaan kurkumin menentang sel-sel kanser. Tujuh-puluh satu peratus (71%) pesakit menunjukkan kesan positif terhadap penggunaan losyen kurkumin berpandukan kepada pengecutan saiz lesi (lesion), ketidakselesaan, kegatalan dan pengurangan lelehan.

Pada 2010, (Bayet-Robert dll., 2010) satu cubaan klinikal fasa satu dilakukan dengan mencampurkan kurkumin dan Docetaxel (ubat kemoterapi) yang menunjukkan kesan-kesan positif yang memberangsangkan  terhadap pengidap Kanser Payudara  tahap kritikal dan juga Kanser Metastatik.

Khasiat Anti-Kanser Kurkumin Membantu Rawatan Kanser Payudara

Kunyit kurkumin telah menempa nama diantara herba-herba mahupun sumber-sumber makanan lain di dunia terutamanya oleh kerana keupayaannya yang tinggi sebagai ejen anti-kanser. Ini membuktikan bahawa kurkumin kini disifatkan sebagai satu ‘harapan besar’ dunia perubatan untuk merawat kanser.

 

, , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply