Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Kunyit Sebagai Pengubah Landskap Dalaman Badan

Kunyit Sebagai Pengubah Landskap

Sebelum ini, kita telah mengulas tentang ‘Teori  Landskap’ (Terrain Theory) Antoine Béchamp yang menyatakan bahawa kesihatan dalaman dan keadaan sel-sel badan, tisu-tisu dan organ-organ adalah landskap badan kita yang menentukan sama ada penyakit mampu menyerang dan merebak di dalam badan.

Kini sudah tiba masanya untuk kita berbincang mengenali kunyit, suatu herba ‘Pengubah Landskap’ yang sungguh menakjubkan. Kunyit telah dikenali sejak zaman berzaman sebagai bahan rempah untuk masakan. Tetapi kunyit adalah lebih daripada itu! Sebenarnya kandungan minyak yang terdapat di dalam kunyit adalah sangat kuat dan  pigmen kuning yang dikenali sebagai kurkumin, adalah pendorong utama khasiat kesihatan yang dimiliki kunyit.

Kita mulakan dengan kesan kunyit pada sel-sel badan kita. Kunyit mampu memberikan suatu kuasa kuat yang sihat di peringkat selular. Rempah ini juga memberikan kesan positif pada tisu dan organ kerana sel-sel adalah blok bangunan tisu dan organ manusia.

Penyelidikan yang dilakukan oleh saintis daripada Universiti Stanford mendapati bahawa kunyit mempunyai kandungan antioksidan yang boleh membantu menghapuskan radikal bebas dari badan, membantu untuk mencegah kerosakan selular dan melindungi badan pada tahap selular.

K. Sandeep Prabhu, Penolong Profesor dari Jabatan Imunologi dan Toksikologi Molekul dari Penn State Universiti, di Pennsylvania Amerika Syarikat telah menjelaskan bahawa sebatian antioksidan mempunyai keupayaan untuk meneutralkan molekul berbahaya di dalam sel-sel badan kita. Molekul berbahaya ini adalah radikal bebas dimana ia mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Prabhu menambah, elektron yang tidak berpasangan menyebabkan radikal bebas menjadi sangat reaktif, dan di dalam keadaan ini ia boleh menyebabkan banyak kerosakan kepada komponen sel-sel badan kita.

Kita mungkin bernasib baik sekiranya pemakanan harian kita mempunyai kandungan kunyit yang boleh betindak sebagai ejen peneutralan radikal bebas yang mampu memberi perlindungan kepada sel-sel dan organ badan.

Seperkara lagi, kunyit bukan sahaja mempunyai kandungan antioksidan yang kuat, tetapi juga boleh menyokong keradangan yang sihat di dalam badan.

Mendapat kawalan keradangan yang tidak sihat adalah sangat penting, kerana ia sering berlaku tanpa dikesan dan boleh menyebabkan kerosakan dalam badan dan menjejaskan kebanyakan organ dan sistem badan kita

Kunyit juga boleh membantu kesihatan hati dengan meningkatkan keupayaan detoksifikasi dan melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengurusan sebatian toksik yang merupakan peranan utamanya. Apabila peranan hati sebagai penyahtoksin semulajadi dan sebagai organ pembakaran telah terlebih-beban, ianya akan menjadi lembap. Kunyit berkeupayaan membantu meningkatkan tahap detoksifikasi serta metabolism yang sihat.

Telah terbukit, kunyit benar-benar adalah pengubah landskap badan.

 

Resource:

Original Article Turmeric, a Terrain Transformer – Beyond Organic Insider

 

, , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply