Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160
  • Genus Serum – Kurkumin Nano

    Faktor-faktor yang menghadkan kurkumin seperti tahap bio-ketersediaan, rendah daya larut serta jangka separuh hayat biologi singkat telah mendorong pembangunan Genus Serum. Kurkumin terlarut yang dilindungi, dihantar sebagai ‘micelles’ bersaiz 10 nanometer mampu memeberi kadar penyerapan tinggi.

nano-kurkuminNano-Kurkumin: Tulen, Semulajadi dan Mampu Larut

Genus Serum Kurkumin mengandungi 10% kurkumin yang mampu larut dalam air dan lemak. Terdapat 99.999% kurkumin dari gred farmasi yang telah melalui double polishing process bagi mencapai tahap ketulenan yang tertinggi. Ketidak-upayaan mencapai tahap ketulenan yang tinggi akan mengakibatkan kurkumin tidak mampu larut sepenuhnya. Inilah faktor penyebab yang memungkinkan Genus Serum Kurkumin sebagai makanan kesihatan tambahan yang amat efektif dan dikagumi.

Genus Serum dipasarkan dalam bentuk cecair berwarna jingga kemerahan gelap yang sangat likat. Setiap titisan mengandungi kira-kira 25mg kurkumin. Untuk saiz hidangan harian yang optimal, adalah dicadangkan agar anda mengambil 9 titisan setiap hari yang mempunyai jumlah nano-kurkumin sebanyak 225mg. Secara kasar, kandungan Genus Serum Kurkumin ini bersamaan 1125mg kukumin konvensional. Perlu diingat, pengambilan kunyit kovensional hanya menghasilkan serapan ke saluran darah yang sangat sedikit dan tidak berkesan  untuk membantu bagi tujuan kesihatan.

Nano-Kurkumin

Kurkumin yang anda boleh dapati di pasaran sekarang mempunyai tahap penyerapan sangat rendah walaupun selepas ditambah ejen peningkatan serapan seperti Piperine. Setelah melalui proses metabolik di dalam hati, ia tidak lagi akan mampu memberikan faedah kesihatan yang anda perlukan. Nano-kurkumin yang terkandung di dalam produk Genus Serum adalah sebaliknya. Walaupun diambil melalui minuman dengan kuantiti yang kecil, setiap zarah atau partikel nano-kurkumin mampu diserap ke dalam saluran darah yang memungkinkan kehadiran kurkumin di dalam badan yang cepat, tinggi kandungannya dan terus bertindak memberikan khasiat kesihatan yang diperlukan oleh sistem badan anda.