Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Rawatan Kanser Ginekologi: Kurkumin Nano

Rawatan Kanser Ginekologi

Kanser Ginekologi merupakan penyakit merbahaya mengancam nyawa yang semakin mendapat perhatian serius dikalangan kaum wanita. Rasa tanggungjawab untuk mencari penyelesaian kepada pencegahan dan rawatan kanser ginekologi ini semakin menebal dengan meningkatnya bilangan wanita yang disahkan mengidap kanser-kanser berkaitan ginekologi ini.

Tiga kanser yang berkaitan dengan lingkungan gynekologi ini adalah Kanser Servikal, Kanser Ovari dan Kanser Uterus.

Aktiviti Antikanser Kurkumin Untuk Rawatan Kanser Ginekologi

Bahan semulajadi mungkin merupakan sumber paling utama dan terpenting dalam usaha mencari penyembuh kanser.  Kunyit telah digunakan dalam perubatan Ayurvedik dan telah lama dikaji secara mendalam oleh para saintis di seluruh dunia. Komponen aktif dalam kunyit yang dikenali sebagai kurkumin mengandungi aktiviti antikanser dan pelbagai khasiat kesihatan yang mampu membantu melawan berbagai-bagai jenis penyakit termasuk menentang sel-sel kanser.

Kurkumin sebagai Rawatan Kanser Servik

Kanser Servikal atau Servikal Carcinoma adalah sejenis kanser yang menyerang bahagian Servik. Kanser jenis ini mempunyai dua kemungkinan, samada bermula dari permukaan epithelium servik atau dari dinding lapisan epithelial di laluan servikal dimana kedua-duanya merupakan penyebab kanser yang merbahaya, merebak dan sukar dirawat. Telah menjadi seperti satu kelaziman, Kanser Servikal  menyerang wanita di negara-negara membangun pada usia muda bermula dengan ketumbuhan abnormal seperti ketuat dari jangkitan sejenis virus dikenali sebagai Human Papilloman Viruses (HPV).

Para saintis melapurkan penemuan aktiviti antikanser dalam kurkumin melalui satu kajian In-Vitro berkaitan dengan sel-sel HPV. Kesan kurkumin ke atas sel-sel berkaitan dengan HPV dipercayai melibatkan penurunan sel-sel virus oncogenes (virus yang menyebabkan ketumbuhan kanser). Pada tahun 2010, satu kajian mengenai pengkapsulan Kurkumin bersama komposit partikel nano alginate-chitosan ‘melawan’ sel-sel HeLa menunjukkan satu penemuan yang memberangsangkan. Sel-sel HeLa adalah sel Kanser Servikal Epithelial; Ia merupakan sel jaringan tetap manusia pertama yang berjaya dihasilkan.

Kurkumin sebagai Rawatan Kanser Ovari

Kanser Ovari terbentuk dalam tisu ovari – iaitu kelenjar peranakan wanita di mana telur dihasilkan. Kebanyakan Kanser Ovari adalah samada kanser yang terjadi dalam sel dipermukaan ovari atau dari sel ketumbuhan yang malignan, atau kanser yang terjadi dalam sel telur.

Kurkumin memiliki khasiat perubatan bagi membantu merawat Kanser Ovari . Ia juga kaya dengan nilai-nilai terapeutik, memiliki kelebihan mengnyah-kemo (kemoterapi) dan mampu mengatasi rintangan dari pelbagai jenis ubatan, samada dalam In-Vitro mahupun In-Vivo. Penggunaan bersama dua kaedah ini, iaitu pengambilan Kukurmin dan formulasi nano-emulsion Paclitaxel didapati berkesan mengatasi rintangan dari ubat-ubatan Kanser Ovari.

Kukurmin sebagai Rawatan Kanser Uterus

Karsinosarkoma Uterus ialah Kanser Uterus yang jarang berlaku tetapi merupakan kategori kanser yang sangat cepat merebak yang terdiri dari kombinasi dua jenis sel kanser – sesuatu yang bukan kebiasaan bagi penyakit kanser. Walau bagaimanapun, jika sel kanser tersebut masih belum merebak keluar dari uterus, pembedahan membuang uterus boleh merawat ketumbuhan uterus ini. Malangnya, jika sel kanser telah merebak, tindakbalas kemoterapi juga didapati tidak mampu melawan sel-sel tersebut dan pesakit berkemungkinan besar tidak dapat diselamatkan.

Beberapa penyelidikan berkenaan aktiviti antikanser dalam Kukurmin yang telah dijalankan terhadap kaedah rawatan kanser uterus mencatatkan bahawa Kukurmin memiliki agen-agen melawan kanser yang mana boleh digunakan bersama-sama rawatan kemoterapi untuk merawat kanser uterus. Pada tahun 2004, satu pengumuman dibuat menyatakan bahawa Kukurmin menunjukkan ujikaji In-Vitro mampu melawan sel kanser endometrial!

Kukurmin-Nano Sebagai Rawatan Kanser Ginekologi

Bioavailability dan tahap penglarutan kukurmin yang rendah merupakan dua sebab yang menghalang penggunaannya dalam rawatan Kanser Uterus – Kukurmin bersifat tidak larut air ataupun lemak. Nilai Bioavailability kukurmin perlu dipertingkatkan agar menjadi lebih berkesan untuk bertindak menentang sel-sel kanser. Disamping itu, ia juga perlu dijaga rapi dari kerosakan akibat proses metabolik.

Ekoran dari keperluan inilah kukurmin-nano dengan partikel-partikel bersaiz nano dicipta di makmal X-Lab agar dapat menembusi dinding salur darah dalam kadar masa sepantas kaedah intravenus (suntikan atau ‘drip) berbanding produk kunyit kukurmin lain dengan nilai Bioavailability menghampiri 100% agar khasiat kesihatan ‘sampai’ dan masih utuh untuk membantu menghapuskan sel-sel kanser!

Lebih banyak kajian klinikal diperlukan untuk memberi kefahaman dan penerangan tentang khasiat serta kemampuan tahap maksimum kukurmin bagi mencegah dan menentang kanser dari jenis Ginekologi khususnya dan kanser-knaser lain amnya.

No comments yet.

Leave a Reply