Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Rawatan Kencing Manis – Ciri Anti-Diabetik Kurkumin

rawatan kencing manisSepintas Lalu – Penyakit Kencing Manis

Kencing Manis atau Diabetes adalah sejenis penyakit kronik di mana sistem badan tidak dapat menghasilkan dan menggunakan insulin dengan baik. Insulin merupakan sejenis hormon yang diperlukan untuk menukarkan kandungan gula, kanji, dan makanan lain kepada tenaga. Statistik tahun 2012 merekodkan lebih 1.2 juta penghidap kencing manis di Malaysia. Potensi ciri anti-diabetik yang di punyai oleh kurkumin untuk rawatan kencing manis akan dibincangkan di sini.

Penyebab penyakit diabetes masih menjadi misteri. Walaubagaimanapun, faktor genetik dan persekitaran ada memainkan peranan. Terdapat dua jenis penyakit kencing manis:

  • Kebergantungan Insulin

Kencing Manis Jenis Pertama berlaku pada peringkat kanak-kanak dan remaja. Ini  adalah sejenis penyakit autoimun dimana badan kita tidak dapat menghasilkan insulin. Penghidap Kencing Manis Jenis Pertama mesti mengambil suntikan insulin harian untuk terus hidup. Tanda-tanda amaran bagi penyakit kencing manis jenis ini adalah apabila seseorang itu kerap membuang air kecil, dahaga yang luar biasa, sentiasa lapar, penurunan berat badan yang agak mendadak, keletihan melampau dan kerengsaan.

  • Tidak Kebergantungan Insulin

Lebih dikenali sebagai Kencing Manis Jenis Kedua, ia merupakan penyakit diabetes yang kerap berlaku apabila kita mencecah umur 30 tahun. Sembilan puluh lapan peratus daripada 1.2 juta penghidap diabetes di Malaysia  merana menghidapi penyakit Kencing Manis jenis ini. Ia merupakan gangguan metabolic hasil daripada ketidakupayaan badan untuk menggunakan insulin yang cukup dan sesuai. Tanda-tanda amaran termasuk kesemua tanda-tanda amaran yang terdapat pada penyakit Kencing Manis Jenis Pertama dan juga jangkitan yang kerap, penglihatan yang kabur, luka atau lebam yang lambat sembuh, kesemutan atau kebas di tangan atau kaki, jangkitan kulit, gusi, atau jangkitan pundi kencing. Sumber: Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) , 2012.

Rawatan Kencing Manis Semulajadi: Anti-Diabetik Kurkumin

Kurkumin, satu bahan aktif dari ekstrak kunyit, telah menjadi subjek penting untuk pelbagai penyelidikan dan kajian beberapa tahun kebelakangan ini. Para penyelidik telah menemui sifat-sifat terapeutik semulajadi yang mungkin mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.

Kencing manis telah menjadi salah satu penyakit utama zaman sekarang. Kajian ke atas kurkumin menunjukkan potensi bagi mengatasi gangguan hiperglisemia (jumlah kandungan gula yang luar biasa dalam darah) seterusnya menjadi bahan semulajadi untuk rawatan kencing manis!

Seperti yang telah dilaporkan hampir 40 tahun yang lalu, kurkumin yang mempunyai ciri anti-diabetik, boleh memodulasikan tahap gula dalam darah penghidap kencing manis. Sehingga hari ini banyak kajian telah membuktikan ciri anti-diabetik kurkumin adalah lebih berkesan daripada kunyit – kajian in-vivo tikus. Keupayaan kurkumin untuk memodulasi profil lipid dalam tikus dengan diabetes STZ-Nicotinamide juga telah dilaporkan dan kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan secara oral mampu menurunkan glukosa darah dan tahap Glikoprotein plasma diabetik tikus.

Kurkumin juga boleh melegakan hyperalgesia haba, meningkatkan sensasi kepada rangsangan yang menyakitkan yang mungkin mengikuti kecederaan kepada saraf periferal dalam model tetikus neuropathic diabetes (kesakitan hasil dari kecederaan kepada sistem saraf). Sakit neuropathic diabetes adalah komplikasi mikrovaskular penting dalam penyakit kencing manis diabetes melitus.

Retinopati diabetes (kerosakan retina mata) juga adalah komplikasi akibat kedua-dua jenis diabetes tadi. Di samping itu, Kurkumin juga telah dirumuskan mampu mencegah katarak bagi tikus yang mempunyai diabetes.

Rawatan Kencing Manis dan Kurkumin Sebagai Anti-Diabetik

Penyelidik tersohor kurkumin iaitu Dr. Aggarwal dan rakannya Harikumar, telah membuat kesimpulan bahawa kurkumin mampu memainkan peranan yang penting dalam merawat diabetes dan menghindar petanda-petandanya daripada berlaku. Walaupun kajian makmal telah mengesahkan sifat farmakologi bahan aktif ini, kajian klinikal ke atas aktiviti anti-diabetik kurkumin boleh diperluaskan lagi bagi digunakan di dalam rawatan kencing manis ke tahap optimal. Penemuan ini telah membuktikan bahawa manusia boleh bergantung kepada sumber alam semulaja di dalam mencari penawar atau rawatan untuk penyakit masakini.

, , , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply