Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Rawatan Penyakit Alzheimer dan Kunyit Kurkumin

rawatan penyakit alzheimerPenyakit Alzheimer yang telah dihidapi oleh lebih 24.3 juta individu di seluruh dunia, telah memberi kesan sosio-ekonomi dan penjagaan kesihatan yang serius. Penularan penyakit Alzheimer adalah 5-10% bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Walau bagaimanapun kadar ini meningkat dengan mendadak sehingga 40-50% bagi golongan berumur melebihi 85 tahun. Kos tahunan penjagaan dan rawatan penyakit alzheimer dalam kategotri “Dimentia” ini dijangka mencecah US$500 bilion menjelang tahun 2020, di Amerika Syarikat sahaja.

Mengenali Penyakit Alzheimer
Penyakit Alzheimer adalah penyakit neurodegenerative otak yang boleh memberi kesan serius sehingga mampu memusnahkan daya ingatan pesakit, keupayaan untuk belajar, membuat keputusan, berkomunikasi dan melakukan aktiviti harian. Secara progressive, penyakit Alzheimer menyebabkan ingatan jangka pendek pesakit terjejas akibat dari degenerasi neuron dan kemerosotan fungsi hippocampus dan amygdala. Apabila penyakit ini semakin menular, degenerasi neuron semakin serius dan fungsinya terus hilang di dalam beberapa  kortikel otak. Akibatnya, pesakit akan menghadapi perubahan ketara personaliti dan tingkah laku termasuk iritasi, keresahan, kecurigaan, kehayalan dan mungkin halusinasi.

httpv://youtu.be/z1O8HEWrQCI
 
Peningkatan usia dianggap sebagai faktor risiko kritikal di dalam keadaan neurodegenerative dan tekanan oksidatif adalah satu lagi elemen yang lazim. Pendedahan kewujudan peningkatan DNA, RNA dan pengoksidaan protin dalam otak pesakit Alzheimer serta ketidakupayaan intelek tahap sederhana mencadangkan bahawa tekanan oksidatif adalah sebenarnya satu petanda awal dalam perkembangan penyakit Alzheimer.

Kunyit Kurkumin untuk Rawatan Penyakit Alzheimer 

Kunyit digunakan secara meluas sebagai bahan penyediaan makanan, terutamanya di Asia. Penyelidikan para saintis telah menemui kandungan bahan aktif kurkumin (curcumin). Kurkumin mempunyai nilai-nilai perubatan yang luar biasa. Saintis telah mengkelaskan kurkumin  sebagai polifenol yang boleh dijadikan sebagai penghakis radikal bebas dan antioksidan yang menghalang peroksidaan lipid dan kerosakan DNA. Kurkumin telah digunakan secara meluas di dalam kajian’In-Vitro’ dan ‘In-Vivo’ dalam model haiwan transgenik yang menghidap penyakit Alzheimer. Keupayaan kurkumin untuk mencari dan mengumpul radikal bebas telah meletakkan bahan ini sebagai prospek ejen perlindungan neuro.


 
Potensi kurkumin untuk rawatan penyakit Alzheimer telah dikaji dengan mendalam. Banyak kajian telah menyatakan kemungkinan menambah kurkumin dalam pemakanan boleh menghasilkan rawatan pencegahan penyakit Alzheimer. Dalam kajian yang dijalankan di University of California Los Angeles (UCLA), saintis mendapati bahawa kurkumin mampu membantu mekanisme pertahanan untuk membersihkan protin amiloid. Protin Amiloid adalah komponen plak, bahan yang berkumpul dalam otak individu yang menghidap  penyakit Alzheimer dan adalah satu faktor utama penyebab  penyakit ini.

Rawatan Penyakit Alzheimer Dan Kajian Klinikal

Walaupun terdapat banyak fakta daripada pelbagai penyelidikan dan kajian mengenai kurkumin untuk rawatan alzheimer, kajian klinikal mampu menyediakan bukti-bukti mengenai prestasi kurkumin dalam berurusan dengan penyakit ini. Kajian klinikal yang berkembang maju di seluruh dunia dan keputusan awal yang menunjukkan kurkumin mungkin alternatif yang berpotensi dalam rawatan penyakit Alzheimer adalah suatu perkembangan yang menggembirakan.

 

, , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply