Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Rawatan Penyakit Kardiovaskular Dan Potensi Kurkumin

rawatan penyakit kardiovaskularDi Malaysia, penyakit berkaitan jantung dan paru-paru merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan, mewakili 23.5% (Maklumat Kesihatan, 2010). Statistik ini terus meningkat walaupun pelbagai langkah pendidikan dan pencegahan telah dilakukan serta rawatan penyakit kardiovaskular yang lebih baik telah disediakan bagi membendung trend yang membimbangkan ini.

Potensi kurkumin sebagai pencegah dan penyembuh semulajadi seolah memberi petunjuk kepada para penyelidik di dalam penemuan menakjubkan ini. Kunyit, sejenis rempah masakan begitu mudah diperolehi di setiap dapur masyarakat Malaysia. Ramuan bahan aktif ini mempunyai kandungan yang boleh memberikan perlindungan daripada berbagai penyakit termasuk penyakit kardiovaskular. Di dalam kebanyakan keadaan, mekanisme utama penyebab penyakit adalah tekanan oksidatif (oxidative stress) dan kandungan antioksidan dikatakan mampu memainkan peranannya. Seperti yang telah dibuktikan, kurkumin mempunyai kandungan bahan antioksidan yang sangat tinggi berbanding Vitamin E dan C (Toda et al., 1985).

Frey dan Olson (2003) memaklumkan bahawa kardio hipertrofi akan mengadaptasikan pembesaran di dalam tisu otot jantung (myocardium) bagi menangani segala tekanan. Situasi ini jika berterusan akan secara beransur-ansur boleh menyebabkan kegagalan jantung dan seterusnya kehilangan nyawa (Heineke dan Molkentin, 2006). Didorong oleh kajian yang dilakukan bersama-sama (Srivastava et al., 2011), mereka telah membuat kesimpulan bahawa kurkumin mempunyai kualiti anti-hipertrofi yang mampu memberikan perlindungan terhadap hipertrofi jantung dan kegagalan fungsi jantung (Li et al, 2008:. Morimoto et al, 2008).

 Kurkumin Dan Rawatan Penyakit Kardiovaskular Jantung

Sewaktu serangan jantung (myocardial infarction), tisu-tisu akan rosak disebabkan darah yang kurang kandungan oksigen (ischemic-reperfusion), tekanan oksidatif mungkin menjadi faktor penyebab utama. Disebabkan kandungan antioksidan kurkumin yang tinggi, ia telah menunjukkan kemampuan untuk mencegah kerosakan tisu otot jantung (myocardia necrosis) pada tikus yang disebabkan oleh Isoproterenol, sejenis ubat sakit jantung (Manikandan et al., 2004). Selain itu, peningkatan bahan toksin berbahaya selepas ischemic/reperfusion juga boleh ditangani oleh kandungan antioksidan kurkumin yang tinggi (Srivastava et al., 2011).

Kurkumin dan Rawatan Kolesterol

Pada tahun 1992, Soni dan Kuttan telah menyelia kajian mengenai pengaruh kurkumin terhadap kolesterol dan tahap lipid peroksida pada 10 sukarelawan yang sihat. Kurkumin telah dimakan sekali sehari (500 mg) selama 7 hari. Kajian ini mendapati kurkumin telah memyebabkan penurunan ketara sebanyak 33% kepada peroksida lipid serum, peningkatan sebanyak 29% kolesterol HDL dan penurunan hampir 12% jumlah kolesterol keseluruhan. Penemuan ini mungkin menandakan peranan kurkumin dalam penyakit berkaitan arteri. Dalam satu kajian lain, kurkumin (10 mg) yang diambil dua kali sehari selama empat hari telah menurunkan LDL dan Lipoprotein berkepadatan tinggi pesakit kardiovaskular (Ramirez et al., 2000).

Kurkumin Sebagai Rawatan Penyakit Kardiovaskular

Doxorubicin, sejenis ubat yang kuat untuk rawatan kanser telah membimbangkan penghidap kanser kerana ia dikaitkan dengan cardiotoxicity iaitu kegagalan fungsi electrophysiology jantung dan/atau kecederaan otot jantung (Doroshow, 1991). Rawatan penyakit kardiovaskular kurkumin juga telah dengan ketara melemahkan kesan cardiotoxic Doxorubicin (Venkatesan, 1998).

Secara keseluruhannya, pelbagai kajian yang dibincangkan di atas telah membuktikan keberkesanan kurkumin di dalam rawatan penyakit kardiovaskular masa kini yang pelbagai.

 

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply