Warning: Creating default object from empty value in /home/kunyit/public_html/kunyit_bm/wp-content/themes/canvas/functions/admin-hooks.php on line 160

Risiko Kesihatan Obesiti

risiko kesihatan obesitiKajian yang telah dilakukan berdekad lamanya oleh penyelidik perubatan ditambah dengan kemajuan bidang perubatan telah merumuskan obesity atau kegemukan berlebihan mampu memudaratkan kesihatan. Di Amerika Syarikat sahaja, kos tahunan bagi menangani masalah berkaitan obesiti berjumlah puluhan billion dolar. Ini belum mengambil kira berbilion dolar lagi untuk produk diet.

Seban tahun peratusan rakyat Amerika Syarikat yang mengalami kegemukan meningkat. Malangnta situasi ini tidak mendapat perhatian serius industri makanan dan minuman negara itu di mana sebilangan besar produk masih mengandungi gula berlebihan dan kandungan lemak yang tinggi.

Di  dalam artikel ini, kita akan membincangkan 3 risiko kesihatan utama diberkaitan obesiti.

Risiko Kesihatan Obesiti – Sakit Sendi

Risiko utama daripada obesiti yang biasa dan paling meluas ialah masalah sakit sendi. Bahagian tubuh badan yang sering mengalami masalah ini adalah bahagian yang menampung berat badan seperti pinggul, lutut dan buku lali. Osteoartritis sering dilihat di dalam situasi ini akibat kerosakan sendi. Ramai penghidap sakit sendi memilih pembedahan bagi menggantikan sendi mereka. Penderita sakit sendi yang mempunyai berat badan yang stabil, besar kemungkinan akan sembuh. Walaubagaimana pun, mreka yang mempunyai kegemukan berlebihan agak sukar untuk pulih sepenuhnya. Terdapat risiko yang wujud jika pembedahan di lakukan. Berat berlebihan pesakit boleh mengakibatkan sendi menjadi longgar dan mampu merosakkan tulang yang bersambung.

Risiko Kesihatan Obesiti – Tekanan Darah Tinggi

Risiko tekanan darah tinggi akan meningkat jika anda mempunyai masalah obesiti atau kegemukan berlebihan. Memproses makanan atau lemak badan yang berlebihan mampu menyebabkan ketegangan (stress) pada keseluruhan sistem badan. Lemak badan adalah tisu yang hidup dan ia memerlukan oksigen yang banyak dan pelbagai nutrisi penting yang lain. Ini menyebabkan jantung perlu berfungsi dengan lebih kuat untuk menghantar segala yang diperlukan. Tekanan darah tinggi ialah kesan langsung daripada keperluan tambahan yang tidak sepatutnya ini. Satu lagi kesan lebih serius adalah peningkatan kadar denyutan jantung akibat beban kerja yang lebih tinggi ini.

Risiko Kesihatan Obesiti – Kencing Manis

Diabetes Jenis Kedua (kencing manis) merupakan satu lagi produk obesiti. Kes-kes baru kencing manis semakin bertambah setiap tahun. Penyakit kencing manis jenis ini lazimnya berlaku pada orang dewasa. Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini ramai remaja yang secara klinikal telah didapati mengalami kegemukan sudah mula menghidap Diabetes Jenis Kedua ini. Kegemukan berlebihan telah diketahui penyebab rintangan insulin yang merupakan pelopor kepada tahap gula dalam darah yang lebih tinggi. Masalah ini menjadi lebih kronik dengan penggunaan barangan makanan harian dengan jumlah gula yang berlebihan. Situasi sebegini masih berlaku walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen bagi mendidik masyarakat tentang bahayanya mengambil gula berlebihan.

Risiko Kesihatan Obesiti: Keadaan Berisiko Tinggi

Obesiti atau kegemukan berlebihan meletakkan seorang individu di dalam keadaan berisiko tinggi kerana terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Sebenarnya, selain daripada tiga risko yang di bincangkan di atas, terdapat banyak lagi risiko lain yang mampu member kesan serupa kepada orang yang mengalami obesity atau berat badan berlebihan.

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

, , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply